Sunday, February 7, 2010

Solat

Untuk renungan kita:-


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat bersendirian dengan
27x darjat"
H.R.Bukhari dan Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit
matahari kemudian solat 2
rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang
sempurna" H.R.Tarmizi



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang
mengerjakan haji dan
jika ia

berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan
umrah sunat" H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda :
"2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia
seisinya" H.R. Muslim &
Tarmizi



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan
mengharamkan jasadnya dari api
neraka" H.R.Attabrani


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan
semua dosa-dosanya
diatas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud akan
berjatuhlah dosa-dosanya
itu" H.R.Attabrani



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor
sebanyak 4 rakaat maka Allah
akan mengharamkan dirinya dari api neraka

H.R.Abu Daud & Tarmizi


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya
sehingga dari bawah
kukunya juga" H.R.Muslim



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat akan berdoa untuk kamu selama kamu masih

berada didalam masjid dan melakukan solat dan selama

kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya Allah ampunilah dia dan
turunkanlah RahmatMu kepadanya"
H.R.Bukhari


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) ¨รถ
malam dan (pada esok
paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga maka (pahalanya)
bagaikan bangun
semalaman (penuh). H.R.Muslim & Ahmad



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila kamu rasa ada angin didalam perutmu kemudian kamu ragu adakah
ianya telah keluar atau
belum, maka

janganlah keluar dari solatmu sehingga jelas terdengar bunyi atau tercium
baunya" H.R.Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidak takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam

(mengangkat kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala
kaldai" H.R.Sahih Muslim



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Malaikat senantiasa berdoa untuk kamu selama ia

berada ditempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas"
H.R.Bukhari & Muslim


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu
membaca "Allahuma Rabbana
lakalhamdu" kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan
Malaikat, nescaya diampunkan
dosanya yang telah lalu" H.R.Bukhari & Muslim



Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdal (baik) dari 70xsolat
tanpa siwak" H.R.Zanjawaih
& Hakim
Rasullulah s.a.w bersabda :
"Solat sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang
tidak memakai serban dan
solat jumaat dengan memakai serban menyamai 70x Jumaat tanpa memakai
serban" H.R.Ibn'Asakir

Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan mailakatNya pula mendoakan bagi
orang-orang yang sembahyang
pada saf yang pertama" H.R. Ahmad & Abu Daud


Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat

untuknya sepuluh hasanat" H.R.Abu Dawud



Rasulullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir
terang-terangan" H.R.Attabrani